Sunday, August 15, 2010

Nafas Baru..?

Alhamdulillah....life semakin better, semakin mengenal diri sendiri...memadai sekiranya tau apa yang lebih penting dalam hidup. Tidak perlu mengharapkan cinta kerana cinta akan datang dengan sendiri. Betul atau tidak, tepuk dada tanya iman. Redah saja apa yang datang, jangan lari dari kesulitan, now i know so well..setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya... nafas baru? memang perlu...mulakan kehidupan yang singkat ini dengan penuh Usaha,kesabaran, ikhlas dan redha dengan dugaan...asam garam kehidupan, pasti ada pahit dan manis...pahit dan manis itu adalah keindahan yang tak mungkin berulang...kerana masa tetap akan pergi..meninggalkan kita dan kenangan hanya boleh dipanggil sejarah. Jangan bersedih..hidup mesti diteruskan, menjadi lebih baik itu adalah kewajipan..percayalah, Allah Maha pengampun lagi Maha mengetahui....Yang dinilai hanya di penghujung waktu.....

Friday, August 13, 2010

Bingkisan Kata.....

Masa berlalu begitu pantas, meninggalkan setiap yang ada tanpa satu alasan pun. Siap atau tidak, tepuk dada tanya hati. Malah setiap yang berlaku mengajar erti matang dan menilai diri sendiri. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal terus bernafas menunggu waktu yang telah dijanji. Jangan berdolak dalik memujuk hati...aku masih muda...Allah tidak menjanjikan kematian hanya pada waktu tua...Allah tidak menjanjikan setiap manusia sempat bertaubat..Allahualam..

Teringin untuk menjadi lebih baik, melalui kehidupan yang lebih baik..Sentiasa berprasangka baik, dan tidak menilai sesuatu hanya dengan mata kasar. Allah menduga kerana sayang. Allah menduga kerana Cinta dan ambil tahu kisah hambaNya...Allah menduga supaya kita sedar akan segala kesilapan kita. Manalah tau ada kekurangannya..Allah maha mengetahui setiap sebab di sebaliknya..kita hanya perlu berusaha buat yang terbaik dan sentiasa berdoa serta bertawakal. Jangan bimbang kerana Allah tidak pernah memungkiri Janji....