Monday, December 14, 2015

Andai esok aku tiada

Mati pasti..bila? Tak tahu..tapi kalau esok aku tiada...tolong doakan aku..aku takut atas dosa2 ku..moga Allah terima taubatku...aku bukan hambanya yang beriman..aku hamba yang lemah...yang leka...bersediakah aku...? Pasti jawapan ku tidak...Ya Allah panjangkan lah umur ku dan seluruh ahli keluarga ku..dan setiap insan di muka bumi ini...dekat kan hati kami sentiasa denganMu..andai sampai juga masa ku..matikan aku dalam redha dan kasih sayangMu..

suamiku sayang...andai..satu ketika nanti isteri mu sudah tiada...Halalkan makan minum ku..ampunkan segala silap dan kurangku padamu..kegilaan ku menyerbu tak kira waktu..
Sayangku.. Jaga anakku Haniya Kaysa...didiklah dia menjadi insan bertaqwa.. Doakan dia sewaktu tidurnya..sedekah al fatihah pada nya setiap hari..jangan diikuti semua kehendaknya...tegurlah dia kalau dia bersalah...didiklah dia berpekerti mulia dan menghormati orang lain...

Andai esok aku tiada...hanya jasad terbenam ke bumi..kasih sayang ku pada semua..sentiasa mengiringi hari-hari mu..ibu ayahku sayang....doakan nana agar tenang di sana..ampunkan dosa2 anakmu yang degil ni...adik2 ku..jaga pendirian dan hatimu..pegang pada yang satu..jadi lah manusia yang terbaik di muka bumi ini..agar bahagia di sana kelak..

Perpisahan ini hanya sementara...inshaAllah moga kita disatukan kembali di alam yang kekal abadi...sayang selamanya....baca lah nukilan ini andai rindu..andai esok aku tiada lagi....

Thursday, December 10, 2015

Air gula ooohh air gula...sedapnya!

Bermula dari pukul 10 malam aku dah diwajibkan berpuasa..masaklah nak..kalau dah namanya puasa time berbadan dua..alamatnya memang mata terkebil kebil tak mahu tidur..perut berkeronconglah minta isi...aduh habislah tintong aku besok..alhamdulillah..lepas subuh dapat berbakti pada badan rehatkan dia dengan tido hanya SATU JAM...jadilah..dari takda..huu...

Alarm bunyi pukul 7.20 pagi..aku pun dengan langkah longlai kepala berdengung nak bersiap nak pergi ambil darah. Dan for sure hari ni juga aku bakal menikmati menu utama wanita mengandung..Air Gula..pergh sedap betul..T_T.. Apa tujuan minum air gula ni..haaa tujuannya nak check kot2 kita ada penyakit kencing manis masa mengandung..eh lupa pulak..alhamdulillah dengan izin Allah dan rezeki yang melimpah luah...aku dikurniakan lagi bakal khalifah yang kini sedang membesar di dalam rahim..umur kandungan baru 15 minggu 3 hari..memandandangkan..aku ni glemer dengan bad history pregnancy ni..agak spesifik lah sikit pemeriksaannya..takpe..syukur aku suka..setiap kali aku nak pergi check up kat klinik Kesihatan Kajang...aku mesti happy,tak sabar..selain teruja nak tahu perkembangan anak..nurse dan doktor  kat sini semua baik2..peramah! pensemyum! Ceria..sepanjang pengalaman aku kat sini..tak pernah mengecewakan! Thank you kakak2 ku..muah!

Ok sambung..aku sampai klinik KK ngam2 pukul 8am. Sampai2 kena lah ikut giliran..al maklum lah nama pun klinik kerajaan..kena lah bersabar kan..hehehe..tadahallah..tepat jam pukul 8.30am sampai lah turn aku....aduhh bisa pulak jarum amik darah ni..ker aku ni yang dah tak steady..mengada ngada..hehe.tapi muka cam biasa..cover..apadahal jarum je pun..

Ok..nanti puan minum air gula ya di bilik 33. Tengok jam pukul berapa..selepas 2 jam datang sini semula.. Kata nurse

Baikkkk..aku jawab(macam nada sinchan pun ya)

Aku pun masuk lah bilik 33 tu..haa beratur senyum je cawan2 tu kat aku..aku pun amiklah segelas..bismillah...set dalam otak sedap tul air jus ni..sedap..sedeguk-deguk masuk..selesai..alhamdulillah...

Kepala weng sikit..rasa nak luahkan je balik..tapi..eh mana bole Allah nampak..tak baik..nanti false result aku yang susah hati..tak tahu apa kondisi badan aku...sian baby..kan..

aku pun set kat kepala otak aku..tak fokus pada loya dan weng aku sekarang..cheh..semua bole set tu..hebatkan ciptaan Allah..macam komputer lak main setting2.. Hehehe..selesaiiii air gula..aku pun pergilah jumpa nurse kat kaunter..nak sambung temujanji bulanan pulak..alhamdulillah..semua ok..syukur..tapi hari ni still kena refer doktor sebab aku ni kan special..banyak kes..Doktor terus buat surat refer kat Hospital..check up kat sana juga lepas ni...takpe..apa salahnya..bersusah susah kan...tuhan dah bagi nikmat jgn mengeluh tak baik..Bersyukur la..kan 

Ok tamat untuk hari ni...nanti merapu lagi..take care guysss...Assalamualaikum! ^_^

Wednesday, December 9, 2015

Indahnya rasa ini.....


Indahnya rasa ini....membuatkan aku tersenyum sendiri, ketawa sendiri walau tanpa hadirnya walau bayangnya, rasa ini mulanya berputik kini terus mekar dgn dengan indah...ini bukan rasa biasa yang aku rasa dulu....langkah, fikiran selalu seiring...keserasian yang tak dapat digambarkan betapa serasinya kisah kita, rasa kita, kegemaran kita, dan segalanya tentang kita...alangkah indahnya rasa ini.....

I love the way u are.............


Selamat kembali 🙌

Assalamualaikum.. hai lamanya blog ni  sunyi sepi..bertahun..tah kenapa pulak pagi hening dan sepi tetiba rasa nak menyingah lalu sambil meningalkan nota merapu tapi benar tiada yang tak benar selain benar...hehehe alhamdulillah.. USIA makin meningkat..kesayangan pun bertambah..cinta hati ? Insha Allah masih satu setia dan terus setia dunia dan akhirat...amin..

Kehidupan yang aku lalui sekarang jauh seperti yang aku gambarkan masa zaman remaja..yg pasti aku bersyukur dengan setiap nikmat dan ujian ranjau yang telah aku lalui..nak cerita?panjang... semua mematangkan aku..menjadi hamba Allah yang sedar diri..jgn kufur nikmat kata orang.. InshaAllah..

Hari INI..mukadimah permulaan baru aku nak menulis blog ni..jadi belum time aku nak berserius sangat..chill!!!! ^_^back kata orang..

Tapi..hakikat kehidupan yang aku rasa aku kini phm..hidup di dunia INI sementara..tapi jadilah manusia yang cuba sehabis baik untuk hidup Aman di akhirat kekal abadi..amin ya rabbal alamin..


Monday, May 27, 2013

Bila mereka jauh..

Pernah luahkan pada ibu.. kalau ibu ayah takda..pindah kampung..mana lah tempat aku nak menumpang kasih..masa tu aku dan ibu pergi shopping complex warta .Shopping complex yang dah tua kat area bangi, tapi best sebab banyak keperluan dan kehendak yang aku boleh dapat kat sana. Sambil memandu, masa tu jugalah aku menangis teresak-esak macam budak kecik hilang ibu. Pernah juga terdetik di hati rasa kesal sebab menyokong ibu ayah pindah kampung. Aku menyokong hasrat ayah untuk menjaga atuk dan nenek yang dah tua, maklumlah ayah aku satu2nya anak lelaki.Tak lah jauh pun, setakat Ulu Yam Bahru. Tapi bagi aku, kalau aku tak boleh tengok wajah mereka walau hanya satu hari pun..rasa sesuatu yang kurang. pada mereka tempat aku menumpang kasih, memandangkan suami sibuk. 

Semalam 26 Mei 2013, tibalah saat yang paling aku hiba. ibu ayah nak pindah. aku sugul, cuba nak sembunyikan rasa sedih. taknak lah mereka pula yang sedih. aku datang juga, walaupun saat ni aku agak sarat berbadan dua. Memang tak boleh angkat berat, tapi aku cuba nak lakukan sesautu juga, untuk tolong ayah. ayah baru lepas pulih dari serangan jantung. jadi masa nak balik ke kampung tu. aku yang pandu kereta, nak bagi ayah rehat. tapi sepanjang perjalanan tu. aku hanya diam...tak tahu nak gambarkan macammana perasaan masa tu.. rasa kosong, sebab sebentar lagi.. di bangi hanya ada aku. Bangi bukan lagi kampung halamanku. beratnya rasa hati nak lepaskan...tapi demi kebahagiaan mereka, aku sanggup berkorban. tak mahu aku merebut kasih sayang antara anak dan emaknya. nenek dan atuk pun dah tak sabar2 nak tinggal sekampung dengan anak lelaki tunggalnya. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam, aku bawa slow jer..memandangkan jalan licin sebab hujan, dan agak jam. bergerak dalam pukul 5.30petang, sampai dalam pukul 7.00 petang. lamakan? tapi aku tak kisah lama.. sebab besok aku tak dapat tengok ayah aku lagi. kecuali kalau aku balik kampung la.

Sesampai jer di rumah baru, aku tengok ibu, adik2 sibuk kemas rumah sementara tunggu lori trip ke dua sampai. Ibu, adik2 dan abg memang dah balik awal. ohh lupa, suami aku takda masa ni, dia bertugas ke Jakarta. itu satu yang lagi yang buat aku bertambah sedih sebab rindu kat dia..Trip yang pertama dah sampai waktu tengahari. Masuk jer kat rumah aku nampak nenek dan makcik aku pun ada. bila tengok keadaan rumah baru ni.. rasa seronok pula, betul2 tradisional. macam rumah singgah pun ada. sangat selesa, sebab bila masuk jer rasa macam Hari Raya Aidilfitri. hehehe... suasana kampung yang sangat kuat berbanding rumah di Bangi. 

Aku memang banyak diam, bukan buat2. tapi aku tak tahu nak gambarkan macammana. aku sedih campur gembira, sedih sebab berjauhan, gembira sebab ibu dan ayah happy. Masing2 buat keje masing. tepat jam 10.30 malam, tiba masa aku nak beransur, sebab aku ada keje besoknya pas subuh aku dah kena keluar rumah. aku pun utarakan hasrat ku pada ayah yang aku nak balik. masa aku salam ayah, aku cium pipi dan dahi ayah. aku sempat pesan pada ayah. ayah jaga kesihatan ya. masa tu aku tahan lagi air mata aku. aku taknak nangis depan dorang, aku teruskan sesi bersalam dengan ibu. masa tu aku salam ibu dan seperti biasa aku cium pipi dan dahi ibu dan aku cakap aku nak peluk. ibu tak bagi, busuk katanya sebab berpeluh mengemas rumah, aku cakap aku tak peduli, aku nak peluk juga..ibu menyerah dan aku terus peluk ibu erat2...masa tu air mata aku tak dapat dibendung lagi. menangis lagi aku teresak-esak macam budak kecik. puas ibu pujuk, suasana jadi sugul dan penuh kehibaan,adik aku awin pun menangis teresak-esak, aku juga nampak mata ayah merah menahan sedih menengokkan gelagat aku. begitu juga dengan ibu. 

Apa daya, menangis lah airmata darah pun, ibu ayah dan adik2 memang dah pun berada di sini, aku yang kena terima. aku teruskan langkah keluar dari rumah dalam keadaan berat. 

sebelum aku berangkat..aku sempat berlaung...IBU AYAH.....!!! JAGA KESIHATAN YA..!! I LUV U!!!
Sekarang Bangi ramai manusia lain, tapi hakikatnya bagi aku sunyi........

Wednesday, January 9, 2013

Bila kasih sayang adalah segalanya......

Tersentuh hati bila terkenang kan kesusahan dan keperitan ibu ayah membesarkan aku adik beradik. Tak pernah mengeluh, tak pernah luntur kasih sayang suami isteri..bahkan setiap kepayahan dilalui dengan bersyukur....Ya Allah aku bersyukur mempunyai ibu dan ayah yang sempurna membesarkan aku..mengajar aku erti kasih sayang, rasa cinta.... meletakkan kemewahan di tempat yang ke berapa pun aku tak tahu..atau memang tak pernah terfikir dek akal kemewahan dan duit adalah segalanya....terima kasih ibu ayah, di atas didikan dan rasa penghargaan yang tinggi dalam diri ini... Nana tak pernah menyesal dengan kehidupan kita dulu yang susah.. terimbas kenangan ayah menjala ikan di lombong,menjaring di laut... memancing ikan, untuk memberi kami adik beradik makan makanan yang sihat... kami tak pernah lapar, kami tak pernah meminta.... ayah dan ibu melakukan yang terbaik sewaktu membesarkan kami... indah kan ayah ibu, bila duit bukan segalanya.... tapi rasa kasih itu yang segalanya... maafkan nana, nana tak mampu menjadi anak yang terbaik... tapi jauh di lubuk hati nana ini... ibu ayah adalah segalanya dalam hidup ini... tapi hakikatnya.. nana dah mempunyai keluarga sendiri.. nana tak mampu menjadi anak kecil yang sering ingin bermanja dengan ibu... nana ada tanggungjawab baru sebagai seorang isteri.. Ibu, ayah.... walaupun nana sibuk...nana tak pernah lupa senyuman, pelukan, kasih sayang ibu ayah yang tak pernah luntur menyayangi anak2nya.... Ya Allah...bahagia sangat.... ibu ayah yang sering mendengar keluhan hati, dan sangat memahami resah hati ini...  yang selalu menerima anakmu seadanya....terima kasih ibu ayah....terima kasih sangat2... dalam sudut kehidupan nana, terpahat wajah ibu dan ayah...yang sentiasa kekal di dalam hati kecil ini...tak mungkin hilang sehingga hembusan nafas nana yang terakhir.....


Monday, November 19, 2012

Save palestin Ya Allah.....

Tersentuh hati...sedih!!...nak berjuang tapi tidak berkemampuan...hanya mampu menadah tangan berdoa agar kemenangan berpihak di bumi Gaza....KEJAM SANGAT KEJAM!! Yahudi laknatullah...Tapi Allah ada..Allah sentiasa berada di sisi kita... semoga segala ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan diberi penuh kepada mereka... tolonglah kawan2 tersayang...sanak saudara yang dihormati dan disayangi..marilah bersama-sama kita mendoakan saudara kita di sana yang tak pernah luntur semangat perjuangan, anak2 kecil yang menangis mencari ibu bapa yang entah hilang dimana.....biar mereka kuat dan terus kuat, tabah dan terus tabah.....Amin...