Friday, April 23, 2010

Apa yang paling penting dalam hidup???

Salam....kepada semua kawan-kawan yang bersinggah, mesti tertanya-tanya tah bila agaknya Rina nak update blog yang tak seberapa ni....minta maaf semua..Rina terlalu sibuk menguruskan aktiviti seni dan perniagaan yang baru nak bermula....untuk tahap kesihatan Rina, alhamdulillah bagusss....cuma macam biasa setiap malam akan tido lewat....mata pun dah naik lebam...hopefully kawan-kawan pun sihat juga dan semakin maju ke hadapan dan makin success....amin

Sejak kebelakangan ni..kita banyak dikejutkan dengan berita sedih kehilangan pejuang2 seni tanah air. Salam takziah dari Rina kepada seisi keluarga arwah.Walau pahit untuk ditelan, setiap yang hidup pasti akan mati,kerana itu janji Allah..Memang sedih..takut pun ada...terpikir juga bila lah pula masa kita...kalau ditakdirkan sampai ajalnya cukup tak bekalan untuk ke sana? bila hidup kat dunia banyak benda yang kita kejar antaranya kemewahan, kebahagian, pangkat dan darjat...tapi pada hakikatnya...apa yang kita buat di dunia semata-mata penilaian yang tiada penamatnya di alam yang kekal dan takkan ada istilah kematian...memang merunsingkan...entahla kawan-kawan...hanya Allah yang menentukan segala-gala yang ada di muka bumi ni....apapun jauh di lubuk hati ni semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa yang Rina buat dan sentiasa berada di sisi Rina tak kira dalam apa jua keadaan, susah senang...tabahkan hati kita untuk menghadapi segala dugaan dariNya...

Dikesempatan ini juga, Rina ingin memohon maaf kepada semua, seandainya ada menyinggung perasaan kalian samada dalam sengaja atau tidak....Jangan la fikir yang bukan2 ok...cuma bila difikirkan selagi kita punya kesempatan, mampu melafazkan, mampu bertindak...gunakan la sebaik mungkin....dosa dengan Allah keampunan hanya dari Allah..tetapi berdosa dengan manusia, hanya kemaaafan dari manusia......

Ikhlas dari hati kecilku,
Rina

Monday, April 12, 2010

www.evergorgeous.webs.com


New stock!!!!

Jeans Jacket

Price : RM49.00 ONLY!!

Colour : Grey n Dark BLUE

Size : free Size