Monday, July 20, 2009

Buah Pulasan Dusun atukku...

Salam semua..!

Sabtu yang lalu Rina dan rakan-rakan telah pergi bermandi-manda di Ulu Yam, Selangor. Seawal jam 8 pagi Rina dah bersiap-siap untuk berangkat. Semangat ni..nak berendam.. hehehe
memandangkan Ulu Yam tu dah dekat dengan kg Rina yang terletak di Batang Kali, so Rina pun mencadangkan kat kengkawan untuk singgah ke dusun atuk. kat dusun atuk memang banyak buah pulasan yang dah berbuah...slllrrrppp...memang sedap...bila dah dapat chance makan buah yang banyak tak terhabis tu..Rina pun makan la..sepuas-sepuasnya..hehehe...

Bila perut dah kenyang Rina n member pun bergerak mandi sungai...perghhh...air memang dalam..nasib baik Rina boleh la berenang, setakat selamatkan diri sendiri..InsyaAllah...Kat sana siap ada barbeque lagi...memang seronok...kalau u all nak tengok gambar leh la..singgah kat facebook rina..add Rinas_11@yahoo.com.Gambar banyak nak upload kat sini akan memakan masa...

Hari pun dah semakin petang, badan pun dah kepenatan, kitorang pun beransur pulang...Rina terus balik bangi sebab malam Rina buka baazar dekat downton kajang..walaupun letih digagahkan juga..hehehe..

sesampai je kat rumah, Rina pun pergilah ke dapur...then terus terpandang SEGUNI buah pulasan yang ayah bawa dari kebun atuk...apa lagi terkammm...hehehe

ermmm...Hari ni akibat makan buah banyak sangat...Rina jadi tak sihat... tekak sakit, ditambahkan dengan batuk2 manja..hek hek...tula, makan tak beringat kan? kan dah sakit..(Ni rina cakap kat diri sendiri)..hehehe

oklah...Rina kat baitumal kg pandan ni..bukak kaunter jual baju yang stylo-stylo...ada customer...sambung lagi lain kali...daaaa........

Saturday, July 11, 2009




Salam Semua..!!

Sekarang Rina dah aktif dengan bidang baru tau...Rina dah mula berniaga baju-baju yang stylo..hehehe. Kalau korang ada masa. singgahlah kat website Rina. www.evergorgeous.webs.com. Tapi website tu masih dalam pembikinan lagi. belum siap sepenuhnya...

Selain dari bisnes online, Rina juga bukak booth di universiti-universiti, Kolej-kolej, badan kerajaan dan swasta. kalau you'all nak tau di mana lokasi Rina leh la tengok kat dalam website evergorgeous di ruangan calendar. then kalau rasa nak tengok baju-baju secara live leh la datang terus ke lokasi..ok kan?




Doakan Rina berjaya ya.....muah!!! salam muhibbah!!