Saturday, December 25, 2010

Selamat datang 2011!!!


Tahun baru, rumah baru, kawan baru, semangat baru, environment baru......tahun demi tahun berlalu...Alhamdulillah..masih bernafas dan semoga sempat untuk menghirup lagi nikmat Allah S.w.t. Makin jauh perjalanan yang kita lalui..dari situ bertambah banyak warna kehidupan yang dilakarkan dalam kehidupan...mengajar untuk lebih matang dalam menempuh dugaan dan keriangan dalam hidup.... Kadang-kadang bila difikirkan banyak perkara yang terjadi di luar pemikiran logik kita....selalu perkara yang tak diduga terjadi, nak pertikaikan? jangan sekali...memang itu dah pun di tulis dalam perjalanan setiap manusia...cuma kita hamba Allah yang hina dan kerdil hanya mampu meminta diberikan petunjuk apa yang baik untuk kita.....cuba belajar mengenal signal2 yang kadang kita tak sedar itu satu petanda untuk langkah yang paling terbaik....Tapi sayang, kadang-kadang kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah bagi...mendabik dada seolah-olah datang dari kepandaian dan kebijaksanaan kita sendiri....Ya Allah..jauh kan rasa itu dari aku....aku tak mahu menjadi manusia bongkak, ego dan lupa asal usul ku.......

Ya Rahman Ya Rahim....bawa aku ke jalanMu...Tunjukkan aku jalan yang lurus...Kuatkan Imanku...Kau kekuatanku...Rahmati aku sehingga akhir nafasku.....








Saturday, October 23, 2010

..............

Di kala ini jatuh tersungkurnya aku.....menangis seperti kanak-kanak yang merindukan ibunya...aku hilang hala...gelap, hancur lebur perasaan...ibarat dibunuh tapi tak juga mati-mati...bergelut melawan perasaan sedih, bagai merentas lautan yang penuh bergelora sehabis daya berenang untuk sampai ke tepian....itulah panah berapi cinta yang tak kesampaian....tepat tertusuk di dada....sakitnya...tuhan je yang tahu.....



Mana hilangnya rasa cinta yang dah bertahun di sulam? mana perginya kata janji yang pernah dipatri bersama? pernahkan? kita patri janji untuk sehidup semati....bukankah kita sudah berjanji untuk mengharung susah dan senang bersama?mana hilangnya rasa sayang yang pernah disemat...? sakitnya..............sakit!!!



Meniti hari demi hari...makin hari makin sakit.....makin sakit.....makin pedih..bila agaknya saat aku jadi macho girl macam dulu....makin jauh dipisahkan makin kuat ingatan dan bisikan syaitan yang menjatuhkan semangat ku....sakit lagi....orang kata aku wanita tabah, aku wanita kuat...tapi aku gagal mengawal emosi orang putus harap...aku hampir gila...gila mengenang benda yang tak perlu dikenang....kalau dada ku mampu di belah....keluarkan hati yang kau lukakan ini....dan kau baca betapa kecewanya aku...betapa cinta aku yang kuat dan tulusnya pada kau....tapi dibalas dengan panah berapi virtualmu....sakit lagi.....



Orang kata ini bukan selamanya kan? kena harung sampai bila? sampai aku hilang rasa? sampai aku hilang keinginanku.....? benar.... aku yang alpa... tapi aku tak pernah alpa untuk sentiasa ingat yang kau istimewa di sisi ku....sakit lagi.....



Semuanya menjadi mudah bagimu....aku????? sakit lagi.....



Ya ALLAH....Tuhan semesta alam.....yang maha mengetahui segala yang ada di muka bumi...aku hambamu yang hina..memohon keampunanmu..bersyukur di atas segala ketentuanmu.....bagaimanapun ku pinta sekelumit ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi saat ini Ya ALLAH....sesungguhnya tiada yang mustahil bagiMu yang maha Pengasih lagi maha mengetahui.....Andainya ini yang terbaik untuk ku...ku bermohon..... Kau mudahkan perjalananku..agar aku mampu meneruskan hidup ku dengan tenang.....Maha agung Maha mengetahui........tuhanku....Bantula hambamu ini...yang semakin tidak berdaya ini.....Amin ya Rabbal alamin.......

Hati ini terluka lagi...

Hati ini terluka lagi....kali ini lebih parah dan paling dalam...
Hati ini terluka lagi...kali ini lebih pedih bagai diramas-ramas...
Apa la nasib hati ini....tak pernah dijaga, dimanja, disayangi...
Malang kesian si pemunya hati...kerana selalu disakiti....

Hati..jangan kau besedih....kerana hati mu bukan untuk disakiti....
Sia-sia saja pengorbanan mu selama ini....ada makna untuk dia kah wahai hati????
Entah ke mana dicampak saat manis hati kau dan hatinya...???
Layak kah kau biar dirimu disakiti dengan dia yang tak tahu apa itu Cinta??
Pengorbanan? jauh sekali...
Layakkah dia mendapat cintamu wahai hati..? sama sekali tidak.....
dia TIDAK menyakitimu lagii.....?

Hati....Lepaskan rintihanmu....luahkan keperitanmu....lepaskan semua...!!!
jangan kau simpan apa pun di dalam mu.....Dia tak layak untukmu....
wahai hati.....aku tahu penderitaan mu...kau dibiarkan sendiri....kau hati yang tabah....
Kau kuat! kau tempuhi segala kesukaran hidupmu sendiri...
Apa maknanya dia dalam hidupmu selama ini...?

Hati.....sedarlah dari mimpi ngeri ini...bangun...jangan biarkan mimpi ini menghantuimu...
ingat..ini hanya sementara...biarkan luka itu sembuh...rawati hatimu....
percaya hati....Allah dah tentukan paling baik untuk hati....Hati tahu kan???
Ruang hati layak untuk mereka yang layak....isi hati hanya cinta yang pasti....Bukan pada pendusta...LUPAKAN SI PENDUSTA ITU........

Saturday, October 2, 2010

Kesempurnaan Cinta....

Salam semua,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat alhamdulillah....Rina alhamdulillah...hari ni, Rina ada masa terluang nak bercerita sikit kat blog ni. Isu hari ni..Rina nak share pendapat pasal kisah percintaan yang sempurna, tapi setakat mana kesempurnaan tu.. tak tahu lah nak disukat dengan apa, atau nak diperbandingkan dengan apa?...percintaan sangat manis dan indah..macam dalam citer filem, drama, dan kisah-kisah cinta yang sentiasa nampak bahagia..bahagia kah sebenarnya dalam cinta ni..? macam-macam sebenarnya nak dikaitkan dengan kebahagiaan dalam cinta...cinta dunia dan akhirat? tu lah yang nak dikupaskan kali ni....bila bercinta dan berniat untuk ke level yang seterusnya..banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...keserasian, kefahaman dalam hubungan dan cara berinteraksi yang baik...ni Rina nak story antara kisah yang Rina pernah dengar dan cuba untuk fahamkan..ada pasangan yang bercinta, tapi kepahitan hanya ditanggung sebelah pihak yang banyak bersabar dengan pasangannya hanya kerana cinta...haishhh susah kita nak paham...tapi sebenarnya itulah cinta, demi cinta seseorang sanggup makan hati, kenapa? apa yang berlaku memang dah pun tertulis, hanya tak tahu kesudahan...sama ada manis atau pahit dalam mengharung dunia percintaan...kita sendiri dan Allah je yang tahu..cinta memang banyak perlukan pengorbanan...baru la wujudnya kemanisan, tapi berkorban pun biarla berpada, jangan sampai biarkan harga diri kita ditijak-tijak...jangan sampai kita ketepikan Allah dan insan yang penting dalam hidup kita....bila kita dah ada insan yang kita sayang, untuk memahami bukan sesuatu yang mudah...dalam masa berkenalan atau cuba untuk mengenali pasangan banyak dugaan dan cubaan yang kita kena harung untuk sampai tahap yang kita betul2 kenal pasangan kita...semakin kita nak ke arah alam perkahwinan, lagi banyak perkara2 remeh yang kita nak tahu...dan masa tu juga, akan ada juga berbagai persoalan yang kita nak kan jawapan...memang perlu ada kesabaran yang sangat tinggi untuk mengelak hubungan putus di tengah jalan....sebenarnya, kita memang takkan dapat insan yang sempurna dalam hidup kita, tapi yang sempurna itu adalah cara kita mewarnakan hubungan, cara kita berbincang dan saling sokong antara satu sama lain...kita takkan dapat sepenuhnya ciri2 yang kita nak..mungkin ada yang kita tak suka, tapi itu tak bermakna dia bukan tak bagus untuk kita...pasangan kena pandai menyesuaikan diri antara satu sama lain..
Dan paling utama yang sempurna itu hanya Allah S.W.T...Manusia MEMANG TIADA YANG SEMPURNA...setiap kita ada kelebihan dan kekurangan... jadi carilah pasangan yang betul2 boleh ketawa dan menangis bersama..dan sentiasa menerima kita seadanya......

Sunday, August 15, 2010

Nafas Baru..?

Alhamdulillah....life semakin better, semakin mengenal diri sendiri...memadai sekiranya tau apa yang lebih penting dalam hidup. Tidak perlu mengharapkan cinta kerana cinta akan datang dengan sendiri. Betul atau tidak, tepuk dada tanya iman. Redah saja apa yang datang, jangan lari dari kesulitan, now i know so well..setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya... nafas baru? memang perlu...mulakan kehidupan yang singkat ini dengan penuh Usaha,kesabaran, ikhlas dan redha dengan dugaan...asam garam kehidupan, pasti ada pahit dan manis...pahit dan manis itu adalah keindahan yang tak mungkin berulang...kerana masa tetap akan pergi..meninggalkan kita dan kenangan hanya boleh dipanggil sejarah. Jangan bersedih..hidup mesti diteruskan, menjadi lebih baik itu adalah kewajipan..percayalah, Allah Maha pengampun lagi Maha mengetahui....Yang dinilai hanya di penghujung waktu.....

Friday, August 13, 2010

Bingkisan Kata.....

Masa berlalu begitu pantas, meninggalkan setiap yang ada tanpa satu alasan pun. Siap atau tidak, tepuk dada tanya hati. Malah setiap yang berlaku mengajar erti matang dan menilai diri sendiri. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal terus bernafas menunggu waktu yang telah dijanji. Jangan berdolak dalik memujuk hati...aku masih muda...Allah tidak menjanjikan kematian hanya pada waktu tua...Allah tidak menjanjikan setiap manusia sempat bertaubat..Allahualam..

Teringin untuk menjadi lebih baik, melalui kehidupan yang lebih baik..Sentiasa berprasangka baik, dan tidak menilai sesuatu hanya dengan mata kasar. Allah menduga kerana sayang. Allah menduga kerana Cinta dan ambil tahu kisah hambaNya...Allah menduga supaya kita sedar akan segala kesilapan kita. Manalah tau ada kekurangannya..Allah maha mengetahui setiap sebab di sebaliknya..kita hanya perlu berusaha buat yang terbaik dan sentiasa berdoa serta bertawakal. Jangan bimbang kerana Allah tidak pernah memungkiri Janji....


Sunday, July 4, 2010

Berfikir ke hadapan...

salam semua..!! hopefully you all sihat n so happy selalu....btw Rina doakan korang sentiasa bagus n berfikiran maju ke hadapan...lately Rina so bz n banyak perkara yang tak diduga berlaku dalam hidup...pahit manis ...cukup rasa...tapi Rina still boleh tersenyum... Jangan bersedih...kalau sedih pun...jangan terbawa-bawa...semangat kena kuat ok....(talking to myself)

Banyak perkara yang Rina belajar....untuk menjadi lebih baik pada Maha pencipta, pada keluarga....dan tunggak utama kepada diri sendiri untuk membentuk kepada kesempurnaan. Tak tahu nak jelaskan macam mana, tapi cukuplah kalau sekadar Rina jer yang paham.

kekadang apa yang berlaku, pasti bersebab...sudah diaturkan, cuma kita sedar atau tidak kenapa semua tu berlaku dan apa yang sebenarnya petunjuk yang Allah S.W.T nak beri pada kita. Kita yang kena kupas dan olah setiap hikmah kejadian..

Oklah....itu saja untuk kali ini....salam sayang...

Wednesday, May 26, 2010

Karnival Suara Malaysia!!!!!

Salam semua, apa kabar..hopefully you oz sihat....aktiviti terkini Rina sibuk dengan kelas lakonan bersama Dramatis Camar Pesona. Banyak sungguh ilmu yang Rina dapat sejak mengikuti kelas ni..yela, sebelum ni biasa menyanyi jer... kalau nak bercakap depan lensa kamera tu mesti nervous dan agak kekok..tapi sejak ikuti kelas ni..Rina dah belajar cara2 untuk melontarkan vokal sewaktu bercakap...hehe bercakap pun ada lontaran vokal tau kawan-kawan...pulak sekarang ni Rina lebih tertumpu kepada persembahan teater. jadi penyampaian mestilah jelas dan feel mesti over diiringkan dengan pergerakan yang luas kalau nak dibandingkan dengan berlakon drama. Tapi memang best sangat!!!! InsyaAllah kalau tiada aral melintang, Rina mungkin terlibat dengan pementasa teater "PELESIT".

Selain itu juga, pada 29.5.10 dan 30.05.10 ni Rina akan berda di Kompleks Angsana, JB bagi menyertai Booth selebriti untuk Karnival Suara Malaysia...hmmm best! kepada warga JB, jangan lupa singgah ke booth Rina nanti. Rina akan berada di sana sepanjang 2 hari program tu....banyak koleksi dari evergorgeous nanti...so boleh la shopping sakan...hahaha...

ok you oz, thats all for now....catch u leter!!! hopefully you oz success and happy always....muah!!!!!!take care.... ^_^

Thursday, May 6, 2010

Keyakinan diri adalah langkah Utama ok..!

Salam , topik kali ini mengenai wanita bertudung yang ingin berfesyen tapi tak berkeyakinan. Rina sering diajukan soalan bagaimana untuk meningkat keyakinan diri untuk berfesyen walaupun bertudung. Jadi, Rina nak amik kesempatan melalui blog ni untuk share dengan u oz...bagaimana nak yakin diri untuk berfesyen.

Hakikat sebenarnya kalau nak mengikut fesyen memang tak larat, tapi tak salah kalau kita ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan fesyen terkini. Perkara pertama, KITA MESTI YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI, bila kita mempunyai keyakinan yang tinggi, barula kita boleh memilih fesyen yang sesuai untuk kita, dan...selagi pakaian itu bersesuaian dan cantik, PAKAI SAHAJA..if tak yakin, minta la pendapat orang lain yang melihat kita... KAJI MINAT FESYEN kita ke arah mana...sebenarnya dengan penampilan luaran juga adalah menggambarkan identiti diri kita yang sebenar. Peduli kan kata mereka, mungkin untuk permulaan anda akan merasa agak kekok dan malu untuk bertemu dengan kawan2....yelah nak berubah ke sesuatu yang baru bukan mudah....tapi cubalah! Rina pasti anda akan lebih yakin diri anda sendiri...Peace yo..! ^_^



*Pada 22 may 2010, Akan diadakan bengkel kecantikan, cara ikatan tudung dan make-up Asas bersama Rina dan jurumekap Allen Damanhuri di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Bayaran RM150(seorang) sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ina Mohd (017-935 3909)...

semuanya cun saja..!

Bila Rina dengar lagu sleeq ni...terimbas pulak kenangan yang kelakar....bila pikir balik macam mana la buta nya aku ni....jadi sekarang ni just want to say that...semuanya cun saja...huhuhuhu.
Banyak benda yang mengajar, setiap pengalaman dan peristiwa itu bersebab, mengajar kita jadi lebih matang dan lebih rasional dalam buat keputusan...haa, memang masa tak berbalik pada kita tapi dugaan demi dugaan pasti ada selagi kita bernafas..buntu, keliru itu adalah perkara yang selalu berputar-putar di kotak fikiran...tapi nak buat camna....buat je la yang terbaik...n make sure semuanya cun saja..hahaha.. loves that words..semuanya cun saja...but the truly is betul ker semuanya cun saja..?? haha.. ask your self Rina..jom kita hayati lirik ni......peace yo!!!

Sleeq - Cun Saja


Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Alyph:
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

-CHORUS-

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh



Friday, April 23, 2010

Apa yang paling penting dalam hidup???

Salam....kepada semua kawan-kawan yang bersinggah, mesti tertanya-tanya tah bila agaknya Rina nak update blog yang tak seberapa ni....minta maaf semua..Rina terlalu sibuk menguruskan aktiviti seni dan perniagaan yang baru nak bermula....untuk tahap kesihatan Rina, alhamdulillah bagusss....cuma macam biasa setiap malam akan tido lewat....mata pun dah naik lebam...hopefully kawan-kawan pun sihat juga dan semakin maju ke hadapan dan makin success....amin

Sejak kebelakangan ni..kita banyak dikejutkan dengan berita sedih kehilangan pejuang2 seni tanah air. Salam takziah dari Rina kepada seisi keluarga arwah.Walau pahit untuk ditelan, setiap yang hidup pasti akan mati,kerana itu janji Allah..Memang sedih..takut pun ada...terpikir juga bila lah pula masa kita...kalau ditakdirkan sampai ajalnya cukup tak bekalan untuk ke sana? bila hidup kat dunia banyak benda yang kita kejar antaranya kemewahan, kebahagian, pangkat dan darjat...tapi pada hakikatnya...apa yang kita buat di dunia semata-mata penilaian yang tiada penamatnya di alam yang kekal dan takkan ada istilah kematian...memang merunsingkan...entahla kawan-kawan...hanya Allah yang menentukan segala-gala yang ada di muka bumi ni....apapun jauh di lubuk hati ni semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa yang Rina buat dan sentiasa berada di sisi Rina tak kira dalam apa jua keadaan, susah senang...tabahkan hati kita untuk menghadapi segala dugaan dariNya...

Dikesempatan ini juga, Rina ingin memohon maaf kepada semua, seandainya ada menyinggung perasaan kalian samada dalam sengaja atau tidak....Jangan la fikir yang bukan2 ok...cuma bila difikirkan selagi kita punya kesempatan, mampu melafazkan, mampu bertindak...gunakan la sebaik mungkin....dosa dengan Allah keampunan hanya dari Allah..tetapi berdosa dengan manusia, hanya kemaaafan dari manusia......

Ikhlas dari hati kecilku,
Rina

Monday, April 12, 2010

www.evergorgeous.webs.com


New stock!!!!

Jeans Jacket

Price : RM49.00 ONLY!!

Colour : Grey n Dark BLUE

Size : free Size

Tuesday, January 19, 2010

Gara-gara Selamat Pagi Malaysia....huhuhuhuhu

Selepas selesai solat Isyak, Mata Rina kembali segar...padahal pada asalnya memang mengantuk sangat.yela sehari suntuk mencari rezeki, penat tapi puas.terlihat kembar kesayangan Rini duduk bersila di atas tilam sambil membelek kepingan cd cerita.

Ni, nak tengok movie?? :tanya Rina
a AH.... :balas Rini
tengok citer apa?? : tanya rina lagi
tah la....rasa macam nak tengok citer..i know who kill me....cam best.. : jawab rini
ala....aku ada selamat pagi malaysia besok... keluh rina

tapi dalam hati tu....memang nak jugak tengok movie...best gak ni...hehehehe...layan punya layan...jam dah pun menunjukkan pukul 3.30 pagi...oh man, dah pagi...pukul 5 dah nak kena bersiap-siap nak ke angkasapuri..takpa la...tido sekejap pun jadila...

lantas rina pun mengambil telefon bimbitnya dan terus set alarm supaya tak terlewat...letak kepala terus terlelap...


DUM DUM DUM!!!!!!

Na...! na...! bangun...! awak tu bukan nya ada SPM ke hari ni...????????? ibu menjerit dari luar bilik....

apalagi mau tak terjaga?? rina bingkas bangun...alamakkkk!!!! lambat ni....

ibu dah pukul berapa???? tanya rina dalam keadaan kalut
dah pukul 6.30 pagi.... jawab ibu
haaaaaaaaaaaa...??????? alamak nana dah lambat bu.......!!! jawab Rina dalam cemas


selepas selesai bersiap, terus Rina berangkat.nasib fahmi datang jemput Rina awal.kalau tak....lagi naya...dah la Rina failed gila pasal nak ingat jalan..mujur Fahmi ada..fuhhhhhhh!!!

tepat jam 7.30 pagi..Rina ngam-ngam sampai kat angkasapuri..alhamduilillah sampai jugak on time...sesampainya di sana, Rina terus call along bakar selaku manager Rina

laaa.....mi kenapa abglong tak angkat ni...? tanya Rina keliru..
tah...dia tertido tak bangun kot.... jawab fahmi selamba
laa....camna ni...??? saya tak tahu siapa person incharge ni....??? lagi cemas ni... keluh Rina..
takpe...awak try lagi.... jawab fahmi lagi...

dekat 20 misscall agaknya la...tak lama lepas tu...

hello....!!!

yes abg long angkat...(alhamdulillah)

abg long...abg long kat mana? tanya Rina
kamu kat mana ni...? tanya abg long
saya kat angkasapuri...abg long spm hari ni kan? tanya Rina lagi...
hari khamis...jawab abglong...

haaaa....hari ni hari apa??? tanya rina lgi...
haaaaaaaaaaaaa????????? salah hari??????? jerit Rina...
hahahahahaha.....tetiba gelak pulak...alamak rina dah sampai sini abglong....dah siap make up dah ni....jawab rina

bagusla tu, semangat kerja kuat...advanced satu hari... :usik abg long
abg long....ni bukan semangat...ni namanya...BONGOK... jawab Rina selamba..

HAHAHAAHAHAHAAAHAH.....(ketawa abg long berdekah-dekah)

tamat panggilan dan Rina terus balik bangi.....sambung TIDO....

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Monday, January 18, 2010

JUMPA LAGI SETELAH SEKIAN WAKTU..^_^

salam...kengakawan, kenalan, yang sentiasa mengingati rina dan mengikuti perkembangan Rina...lama dah rina tak update blog....hari ni baru berkesempatan...so, untuk perkembangan kesihatan..alhamdulillah Rina sihat walafiat, kerjaya...ok jugak..bisnes pun semakin baik..sekarang pun dah mula buat show sana sini...huhuhu..doakan rina makin sukses ok....

sekarang rina kat ukm, ada pc fair....tapi Rina macam biasa jual baju la kan?..huhuhu lagi satu hari khamis jangan lupa tengok selamat pagi malaysia, tv 1..Rina akan jadi artis jemputan....kalau free tengok k....

Rina nak bagi info sikit...kalau ada sesiapa yang nak panggil Rina buat persembahan, boleh hubungi manager Rina, namanya Along Bakar (017 3046 564)..ok thats all for now...take care!!!!!!