Monday, May 27, 2013

Bila mereka jauh..

Pernah luahkan pada ibu.. kalau ibu ayah takda..pindah kampung..mana lah tempat aku nak menumpang kasih..masa tu aku dan ibu pergi shopping complex warta .Shopping complex yang dah tua kat area bangi, tapi best sebab banyak keperluan dan kehendak yang aku boleh dapat kat sana. Sambil memandu, masa tu jugalah aku menangis teresak-esak macam budak kecik hilang ibu. Pernah juga terdetik di hati rasa kesal sebab menyokong ibu ayah pindah kampung. Aku menyokong hasrat ayah untuk menjaga atuk dan nenek yang dah tua, maklumlah ayah aku satu2nya anak lelaki.Tak lah jauh pun, setakat Ulu Yam Bahru. Tapi bagi aku, kalau aku tak boleh tengok wajah mereka walau hanya satu hari pun..rasa sesuatu yang kurang. pada mereka tempat aku menumpang kasih, memandangkan suami sibuk. 

Semalam 26 Mei 2013, tibalah saat yang paling aku hiba. ibu ayah nak pindah. aku sugul, cuba nak sembunyikan rasa sedih. taknak lah mereka pula yang sedih. aku datang juga, walaupun saat ni aku agak sarat berbadan dua. Memang tak boleh angkat berat, tapi aku cuba nak lakukan sesautu juga, untuk tolong ayah. ayah baru lepas pulih dari serangan jantung. jadi masa nak balik ke kampung tu. aku yang pandu kereta, nak bagi ayah rehat. tapi sepanjang perjalanan tu. aku hanya diam...tak tahu nak gambarkan macammana perasaan masa tu.. rasa kosong, sebab sebentar lagi.. di bangi hanya ada aku. Bangi bukan lagi kampung halamanku. beratnya rasa hati nak lepaskan...tapi demi kebahagiaan mereka, aku sanggup berkorban. tak mahu aku merebut kasih sayang antara anak dan emaknya. nenek dan atuk pun dah tak sabar2 nak tinggal sekampung dengan anak lelaki tunggalnya. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam, aku bawa slow jer..memandangkan jalan licin sebab hujan, dan agak jam. bergerak dalam pukul 5.30petang, sampai dalam pukul 7.00 petang. lamakan? tapi aku tak kisah lama.. sebab besok aku tak dapat tengok ayah aku lagi. kecuali kalau aku balik kampung la.

Sesampai jer di rumah baru, aku tengok ibu, adik2 sibuk kemas rumah sementara tunggu lori trip ke dua sampai. Ibu, adik2 dan abg memang dah balik awal. ohh lupa, suami aku takda masa ni, dia bertugas ke Jakarta. itu satu yang lagi yang buat aku bertambah sedih sebab rindu kat dia..Trip yang pertama dah sampai waktu tengahari. Masuk jer kat rumah aku nampak nenek dan makcik aku pun ada. bila tengok keadaan rumah baru ni.. rasa seronok pula, betul2 tradisional. macam rumah singgah pun ada. sangat selesa, sebab bila masuk jer rasa macam Hari Raya Aidilfitri. hehehe... suasana kampung yang sangat kuat berbanding rumah di Bangi. 

Aku memang banyak diam, bukan buat2. tapi aku tak tahu nak gambarkan macammana. aku sedih campur gembira, sedih sebab berjauhan, gembira sebab ibu dan ayah happy. Masing2 buat keje masing. tepat jam 10.30 malam, tiba masa aku nak beransur, sebab aku ada keje besoknya pas subuh aku dah kena keluar rumah. aku pun utarakan hasrat ku pada ayah yang aku nak balik. masa aku salam ayah, aku cium pipi dan dahi ayah. aku sempat pesan pada ayah. ayah jaga kesihatan ya. masa tu aku tahan lagi air mata aku. aku taknak nangis depan dorang, aku teruskan sesi bersalam dengan ibu. masa tu aku salam ibu dan seperti biasa aku cium pipi dan dahi ibu dan aku cakap aku nak peluk. ibu tak bagi, busuk katanya sebab berpeluh mengemas rumah, aku cakap aku tak peduli, aku nak peluk juga..ibu menyerah dan aku terus peluk ibu erat2...masa tu air mata aku tak dapat dibendung lagi. menangis lagi aku teresak-esak macam budak kecik. puas ibu pujuk, suasana jadi sugul dan penuh kehibaan,adik aku awin pun menangis teresak-esak, aku juga nampak mata ayah merah menahan sedih menengokkan gelagat aku. begitu juga dengan ibu. 

Apa daya, menangis lah airmata darah pun, ibu ayah dan adik2 memang dah pun berada di sini, aku yang kena terima. aku teruskan langkah keluar dari rumah dalam keadaan berat. 

sebelum aku berangkat..aku sempat berlaung...IBU AYAH.....!!! JAGA KESIHATAN YA..!! I LUV U!!!
Sekarang Bangi ramai manusia lain, tapi hakikatnya bagi aku sunyi........

Wednesday, January 9, 2013

Bila kasih sayang adalah segalanya......

Tersentuh hati bila terkenang kan kesusahan dan keperitan ibu ayah membesarkan aku adik beradik. Tak pernah mengeluh, tak pernah luntur kasih sayang suami isteri..bahkan setiap kepayahan dilalui dengan bersyukur....Ya Allah aku bersyukur mempunyai ibu dan ayah yang sempurna membesarkan aku..mengajar aku erti kasih sayang, rasa cinta.... meletakkan kemewahan di tempat yang ke berapa pun aku tak tahu..atau memang tak pernah terfikir dek akal kemewahan dan duit adalah segalanya....terima kasih ibu ayah, di atas didikan dan rasa penghargaan yang tinggi dalam diri ini... Nana tak pernah menyesal dengan kehidupan kita dulu yang susah.. terimbas kenangan ayah menjala ikan di lombong,menjaring di laut... memancing ikan, untuk memberi kami adik beradik makan makanan yang sihat... kami tak pernah lapar, kami tak pernah meminta.... ayah dan ibu melakukan yang terbaik sewaktu membesarkan kami... indah kan ayah ibu, bila duit bukan segalanya.... tapi rasa kasih itu yang segalanya... maafkan nana, nana tak mampu menjadi anak yang terbaik... tapi jauh di lubuk hati nana ini... ibu ayah adalah segalanya dalam hidup ini... tapi hakikatnya.. nana dah mempunyai keluarga sendiri.. nana tak mampu menjadi anak kecil yang sering ingin bermanja dengan ibu... nana ada tanggungjawab baru sebagai seorang isteri.. Ibu, ayah.... walaupun nana sibuk...nana tak pernah lupa senyuman, pelukan, kasih sayang ibu ayah yang tak pernah luntur menyayangi anak2nya.... Ya Allah...bahagia sangat.... ibu ayah yang sering mendengar keluhan hati, dan sangat memahami resah hati ini...  yang selalu menerima anakmu seadanya....terima kasih ibu ayah....terima kasih sangat2... dalam sudut kehidupan nana, terpahat wajah ibu dan ayah...yang sentiasa kekal di dalam hati kecil ini...tak mungkin hilang sehingga hembusan nafas nana yang terakhir.....