Wednesday, September 26, 2012

kehilangan...

sedih, pilu, rindu bercampur aduk dalam hati di kala ini..kehilangan puteri kesayangan yang telah lama dinanti. Siti Khadijah anak umie..... hari ini genap 10 hari anak umie meninggalkan umie..saban hari umie mendokan kesejahteraan Siti Khadijah di sana....sumpah, hati ini memang meraung merinduimu sayang....sangat2 rindu..tapi umie hanya insan hina yang takkan mampu melawan kehendak Allah dan suratan takdir bahawa jodoh kita hanya setakat ini sahaja.....kenangan anak umie sepanjang berada di rahim umie adalah kenangan yang paling indah yang tak mungkin dapat umie lupakan sampai hembusan nafas terakhir umie...

Al-fatihah untuk Siti khadijah.........selamanya di hati umie.....