Tuesday, October 6, 2009

Rina kini Bernaung Dengan Dream Music

KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2009: Syarikat rakaman tempatan dan penyanyi belum lagi berkubur. Walaupun penerbitan album masih lagi gawat, edaran album secara single mahupun dalam pelbagai bentuk tetap diusahakan oleh mereka yang terbabit. Ini amat penting bagi meneruskan kesinambungan dunia hiburan.Salah satu label tempatan yang menyambung usaha ini adalah Dream Music Sdn Bhd, anak syarikat Dream Chorus Sdn Bhd. Mereka nyata berani menanggung risiko dengan mengambil beberapa artis untuk bernaung di bawah pengurusan mereka.Mereka adalah Sheila Abdul, Nadia AF6, Aishah AF7, Claudia AF7, Rina, Am dan kumpulan dari Singapura, Revalina.

Ketika majlis pelancaran sekali gus sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur semalam,Dream Chorus telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu gundu.com.my selain memperkenalkan artis naungan mereka.Selain 7 artis baru tersebut, Dream Music yang memulakan beroperasi pada awal 2009 juga memiliki 8 artis digital (penyanyi download dari Internet) iaitu Silvergun, Superman, Fadzly Izat, Diary, Bite Me Butterfly, News at 11, Maleena, O-Two Band dan Tika Lama. "Kami yakin artis yang bernaung dengan kami punya masa depan yang cerah. Kalau kita tidak percayakan mereka, siapa lagi? Justeru, kami akan sentiasa membantu mereka," kata Julius Ng selaku Pengarah Dream Music.

Petikan ini di ambil dari www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment