Friday, August 13, 2010

Bingkisan Kata.....

Masa berlalu begitu pantas, meninggalkan setiap yang ada tanpa satu alasan pun. Siap atau tidak, tepuk dada tanya hati. Malah setiap yang berlaku mengajar erti matang dan menilai diri sendiri. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal terus bernafas menunggu waktu yang telah dijanji. Jangan berdolak dalik memujuk hati...aku masih muda...Allah tidak menjanjikan kematian hanya pada waktu tua...Allah tidak menjanjikan setiap manusia sempat bertaubat..Allahualam..

Teringin untuk menjadi lebih baik, melalui kehidupan yang lebih baik..Sentiasa berprasangka baik, dan tidak menilai sesuatu hanya dengan mata kasar. Allah menduga kerana sayang. Allah menduga kerana Cinta dan ambil tahu kisah hambaNya...Allah menduga supaya kita sedar akan segala kesilapan kita. Manalah tau ada kekurangannya..Allah maha mengetahui setiap sebab di sebaliknya..kita hanya perlu berusaha buat yang terbaik dan sentiasa berdoa serta bertawakal. Jangan bimbang kerana Allah tidak pernah memungkiri Janji....


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. vr spiritual and angelistic thinking.
    all the best .. may Allah bless you throughout ur whole life. Amin

    ReplyDelete