Saturday, October 2, 2010

Kesempurnaan Cinta....

Salam semua,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat alhamdulillah....Rina alhamdulillah...hari ni, Rina ada masa terluang nak bercerita sikit kat blog ni. Isu hari ni..Rina nak share pendapat pasal kisah percintaan yang sempurna, tapi setakat mana kesempurnaan tu.. tak tahu lah nak disukat dengan apa, atau nak diperbandingkan dengan apa?...percintaan sangat manis dan indah..macam dalam citer filem, drama, dan kisah-kisah cinta yang sentiasa nampak bahagia..bahagia kah sebenarnya dalam cinta ni..? macam-macam sebenarnya nak dikaitkan dengan kebahagiaan dalam cinta...cinta dunia dan akhirat? tu lah yang nak dikupaskan kali ni....bila bercinta dan berniat untuk ke level yang seterusnya..banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...keserasian, kefahaman dalam hubungan dan cara berinteraksi yang baik...ni Rina nak story antara kisah yang Rina pernah dengar dan cuba untuk fahamkan..ada pasangan yang bercinta, tapi kepahitan hanya ditanggung sebelah pihak yang banyak bersabar dengan pasangannya hanya kerana cinta...haishhh susah kita nak paham...tapi sebenarnya itulah cinta, demi cinta seseorang sanggup makan hati, kenapa? apa yang berlaku memang dah pun tertulis, hanya tak tahu kesudahan...sama ada manis atau pahit dalam mengharung dunia percintaan...kita sendiri dan Allah je yang tahu..cinta memang banyak perlukan pengorbanan...baru la wujudnya kemanisan, tapi berkorban pun biarla berpada, jangan sampai biarkan harga diri kita ditijak-tijak...jangan sampai kita ketepikan Allah dan insan yang penting dalam hidup kita....bila kita dah ada insan yang kita sayang, untuk memahami bukan sesuatu yang mudah...dalam masa berkenalan atau cuba untuk mengenali pasangan banyak dugaan dan cubaan yang kita kena harung untuk sampai tahap yang kita betul2 kenal pasangan kita...semakin kita nak ke arah alam perkahwinan, lagi banyak perkara2 remeh yang kita nak tahu...dan masa tu juga, akan ada juga berbagai persoalan yang kita nak kan jawapan...memang perlu ada kesabaran yang sangat tinggi untuk mengelak hubungan putus di tengah jalan....sebenarnya, kita memang takkan dapat insan yang sempurna dalam hidup kita, tapi yang sempurna itu adalah cara kita mewarnakan hubungan, cara kita berbincang dan saling sokong antara satu sama lain...kita takkan dapat sepenuhnya ciri2 yang kita nak..mungkin ada yang kita tak suka, tapi itu tak bermakna dia bukan tak bagus untuk kita...pasangan kena pandai menyesuaikan diri antara satu sama lain..
Dan paling utama yang sempurna itu hanya Allah S.W.T...Manusia MEMANG TIADA YANG SEMPURNA...setiap kita ada kelebihan dan kekurangan... jadi carilah pasangan yang betul2 boleh ketawa dan menangis bersama..dan sentiasa menerima kita seadanya......

1 comment: